Assalamualaikum.
Apabila berakhirnya paper semalam, maka berakhirlah kelas Aplikasi Komputer. Kelas yang bagi aku sangat istimewa. tak dapat kat mana mana. selama kat UKM ni setahun, ni la kelas yang aku xstress.
bila berakhir nya kelas aplikasi ni, aku rasa sedih. sebab lepas ni dah susah nak jumpa lecturer macam sir. yang dekat dengan student die, yang ingat nama student die, yang boleh bergurau dengan student, mmg la aku agak diam dalam klas sir, mybe sbb itu aku kot. tpi aku enjoy bile dengar die berfalsafah,die nasihat,die mengajar. Sir mmg antara lecturer yang lain dari yang lain. die akan bantu student die, walaupun kene marah dulu. bagi aku, sir ni unik , die buat sesuatu dengan kreatif, tanpa memikirkan perseosi orang, dan dia melakukan perkara yang betul.
Pada awal sem dulu, aku agak bermasalah. ye lah kita merancang, Allah yang tentukan apa yang bakal terjadi. 2 minggu pertama aku xdatang kelas die, sebab nenek aku meninggal dan aku mempunyai masalah di awal sem. so aku x kenal Sir sampai la Mas inform kat aku, sir tanya knp tak datang kelas. aku takut sangat waktu tu, aku tak tahu nak jawab apa. aku pergi cari bilik sir yanng dekat hujung tu, dan explain kenapa aku xdapat datang, and lepas tu aku jadi takut kalau masuk kelas sir, sebab aku xtahu apa apa,ye laa aku bersalahkan, . maybe sebab tu aku jadi diam dalam kelas tu,tapi aku bangga, sebab sir tahu nama aku. lepas 2 minggu aku masuk kelas tu,aku dah tak takut lagi ke kelas aplikasi komputer, aku jadi suka bile pergi kelas aplikasi, sebelum sir mulakan kelas ,mesti ada tazkirah pendek daripadanya mengenai kehidupan, aku xpernah lagi kot jumpa pensyarah yang sempoi macam die, tapi die sangat komited dengan kerja, sir mmg seorang pendidik yang bagus, die mendalami,mengenali pelajar die.die tidak meletakkan jurang yang tinggi antara pelajar dan pensyarah.
masa tu pulak, sehari sebelum exam sir ada buat kelas, tapi aku tak tahu, sebelum tu, tiap tiap hari aku bukak i folio, tapi hari tu aku x check, then sbb aku g hospital, ptg tu jumpa mmber aku, die tanya kenapa tak pergi kelas aplikasi. aku terkejut sebab tak tahu apa apa, aku rasa macam teruk gile aku ni. aku selalu macam tertinggal info,selalu je buat masalah.. tapi aku dah minta maaf.
and before masuk exam aku dapat hint, seratus kali terima kasih sir sebab tolong saya.
Terima kasih sir kerana menjadi pendidik yang berjaya, terima kasih sebab mengajar kami.
saya minta maaf sir kerana selalu buat masalah,x datang kelas sir, saya minta maaf juga kalau ada terkasar bahasa. halalkan segala ilmu yang dikongsi. semoga sir terus menjadi pendidik yang berjaya dan semoga sir dapat mencapai apa yang diimpikan.
Thanks juga sebab suruh buat blog, kalau tak, saya xpandai buat semua ni.
Jutaan Terima Kasih
Sir Azzwan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment