Monday, 31 March 2014

Move On ? wait!



Assalamualaikum w.b.t kepada semua. Ni post saya yang keempat. tema pada minggu ini adalah Move On. apa yang nak diulaskan mengenai Move On ni ye. mungkin kita boleh kaitkankan dengan isu semasa pada masa kini sebab saya tiada kisah untuk di Move On kan.

Musibah yang melanda negara kita sekarang masih belum dapat di rungkaikan.MH 370 masih belum diketahui samaada di dasar laut atau di darat.

Pada hari Isnin lepas. Perdana Menteri telah mengishtiharkan bahawa pesawat MH370 terakhir dikesan adalah di lautan hindi. semua rakyat Malaysia bersedih dengan berita ini. Mereka mengharapkan pesawat tersebut masih di darat dan masih selamat. Disitulah , rakyat Malaysia mula Move on dan menerima keputusan ini dengan redha dan mereka mendoakan kepada semua mangsa M370 ini. usaha pencarian objek giat dijalankan hingga kini untuk mencari serpihan kapal terbang yang terhempas.

Tetapi bukan pada ahli keluarga mangsa samaada di Malaysia,Beijing,dan yang lain . mereka tidak akan move on selagi mereka tidak melihat bahan bukti itu di depan mata mereka sendiri. Mungkin naluri seorang ibu atau bapa yang meyakinkan mereka bahawa anak mereka masih hidup. mereka ingin kan sesuatu yang pasti dan bukan hanya spekulasi

Saya bersependapat dengan mereka. kenapa terlalu cepat untuk Move On , sedangkan belum pasti. jika cukup bukti di depan mata,ykin di hati. then kita harus redha menerima ini sebagai ujian dari Allah kepada kita untuk kita merasa lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.dan untuk kita tidak lupa bahawa setiap yang dicipta akan kembali kepada maha ber-Kuasa

sekian.
:)

Sunday, 23 March 2014

hmmm.. merajuk..


Assalamualaikum w.b.t.
hai. Sihat Semua? tajuk yang diberi minggu ini adalah 'merajuk'. Apa yang nak di kupas kan mengenai merajuk ini pun saya tidak pasti. sebenarnya saya tidak gemar tentang merajuk. Pada pendapat saya orang yang kuat merajuk ini sangat sukar untuk dibawa berbincang. Sikap suka merajuk yang melampau membuat kan sesuatu perkara sukar untuk diselesaikan.Tetapi fitrah kita sebagai manusia  kadang kadang ada terasa hati atau merajuk.Jika merajuk di tahap yang normal mungkin boleh diterima dan dibawa berbincang.Maaf jika ada tersinggung.

Merajuk ada kebaikan dan keburukan nya juga.
Aspek kebaikan yang boleh kita lihat adalah kita boleh mengeratkan hubungan antara sahabat atau hubungan tersebut. Kedua kita dapat mengenal sahabat kita dengan lebih dekat, mengetahui apa yang dia suka dan tidak suka

Aspek keburukan pula. Pada pendapat saya ,merajuk akan membuatkan sahabat akan merasa bosan dengan kita. Selain itu, merajuk akan membuat kita menjadi lebih manja dan hanya akan mengharapkan orang lain.

Kesimpulannya, kurangkanlah habit merajuk yang melampau, cuba mengawal perasaan merajuk dengan memujuk diri sendiri. kebiasaan jika orang yang suka merajuk ini seorang yang hatinya lembut dan manja.
merajuk sikit sikit tidak mengapa.

sekian,


Monday, 17 March 2014

KEHILANGAN..

KEHILANGAN .
Assalamualikum kepada semua yang sudi membaca blog buruk ini. KEHILANGAN. wow, besar makna di sebalik kehilangan itu sendiri.

setiap manusia pernah merasai detik kehilangan. kehilangan membawa banyak erti. 'Kematian' adalah satu perkara yang pasti yang telah di janjikan oleh Allah SWT. setiap yang hidup pasti menemui kematian . yang berbeza hanya lah waktu,dimana,dan bagaimana ajal kita. sebagai manusia yang masih bernyawa, kita haruslah redha dengan ketentuan Ilahi dan sentiasa bergerak ke hadapan.

pada 4 Jan 2006, saya telah kehilangan seorang abang yang sangat saya sayangi dan kasihi yang bernama Mushanudin. pada waktu itu saya berusia 12 tahun, saya telah mengerti erti kehilangan. dia mengalami sakit injap jantung berlubang semenjak dari kecil. dia sering ulang alik ke hospital dan wad untyuk membuat pemeriksaan. dia meningagal ketika dia berusia 26 tahun. dia seorang yang sangat sayangkan adik mereka.saya sangat merindui arwah.

Dia adalah anak sulung dalam keluarga dan dialah yang sering menjaga kami.namun,ini semua janji Allah. kita sebagai manusia hanyalah mampu berdoa dan memohon petunjuk dari yang Esa.
saya doakan semoga arwah tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
sekian.

about me.

Assalamualikum. hai. hari ini saya harus menulis pasal diri saya. Nama Mardhiyah Binti Nordin @ Muslim. umur 20. Asal Terengganu. lahir kat Hospital terengganupada tanggal 10 Jun 1994, hafal tau tarikh ni,untuk bagi hadiah. hobi tidur.
               sebenarnya saya tak tahu sangat nak menulis panjang panjang ni. tapi saya akan belajar untuk menulis sebaik mungkin. mungkin bagus juga pensyarah menyuruh saya membuat blog ni. sekurang kurang nya saya belajar sesuatu yang baru . Inilah lah tentang saya. saya seorang yang agak boring. saya mungkin ada keistimewaan yang Allah bagi iaitu ketinggian saya. saya agak tinggi berbanding kawan kawan yang lain. tinggi saya dalam 170++ macam tu lah. itu je yang saya fikir keistimewaan saya. Kalau keburukan tu banyak . malas , suka tidur , macam macam lah.
               Ok , seterusnya latar belakang pendidikan saya. saya bersekolah rendah di SK Mengabang Telipot K.Trg. lepas tu tingkatan satu sampai lima di SMA Setiu. lepas Spm , saya dapat masuk matrikulasi. tapi result saya masa SPM cukup untuk makan je. Alhamdulilah lepas Matrikulasi dapat sambung belajar ke sini(UKM).
Apa lagi ye? ok . adik beradik saya 7 orang. seorang telah meninggal dunia dan tinggal lagi 6. dan saya yang ke 5.  
              Apa lagi saya kena tulis ni.Ok , kat UKM ni saya dapat sambung belajar dalam jurusan Ekonomi. saya Enjoy kehidupan di UKM ini , agak ekstrem.
Ok , saya rasa itu je salam perkenalan dari saya Mardhiyah. maaf jika kata kata saya membuatkan ada yang terasa. Terima kasih