Monday, 28 April 2014

Aneka Makanan

aneka makanan.

Assalamualaikum w.b.t
minggu ini saya akan bercerita mengenai makanan. aneka makanan yang ada dipantai timur. disebabkan saya ni orang Terengganu, so saya nak bercerita pasal makanan yang digemari di pantai timur ler.
sebut pasal makanan semua orang akan lapar kan?

makanan yang paling famous dan wajib dibeli jika pelangcong datang, tak lain dan tak bukan ialah KEROPOK. haa, sape tak kenal kerepok. ni diaa.




terdapat tiga jenis keropok di atas . iaitu, keropok goreng.,rebus ataupun keping. jika pada waktu cuti sekolah, semua kedai keropokakan dipenuhi oleh pelancong luar.
makanan kedua adalah

nasi dagang
. nasi dagang di terkenal di Kelantan dan Terengganu. tapi dia ada sedikit perbezaan . jika di Kelantan beras yang digunakan adalah berwarna merah. jika di Terengganu,  gunakan beras putih.
rase dia same je. sedap sangat. kalau datang Terengganu tak makan nasi dagang sangat rugi.

KETUPAT SOTONG

haaa, ni salah satu menu special. kalau datang terengganu tau. ketupat sotong. ketupat sotong ini dibuat mengikut musim. jika musim sotong tiba, banyak lah kuih ini. cara membuat ketupat sotong ini adalah meletakkan pulut ke dalam perut sotong dan masak dengan santan dan barang2 lain. .rase dia sangat sedap. rugi tak cuba.

ni antara makanan dan kuih yang ada di Terengganu


kuah singgang dan budu


satar.



kuih akok.

ni antara makanan yang anda wajib cari jka anda datang ke Terengganu. jemput lah datang ke terengganu ye semua. budaya nya cantik. Insya Allah orang nya baik baik.
sampai disini sahaja lah nukilan saya pada hari ini. terima kasih
sekian.

  

Sunday, 20 April 2014

Kereta.

Assalamualikum. 

tajuk blog yang saya pilih pada minngu ini adalah kereta. kenapa saya pilih tajuk ini? kerana saya sangat suka tengok kereta yang mewah dan cantik. setiap kali melihat kereta kereta mewah ini, saya akan berangan yang suatu hari nanti saya akan memiliki kereta seperti ini. insyaAllah. kereta pilihan pertama yang saya ingin beli jika saya ada duit yang banyak adalah mini coopers. aduh, dah lama tanam cita cita nak beli kereta ini. i really hope one find day,i really have it.

inilah kereta impain saya. cantik nya.




ok, ada lagi kereta yang tersenarai dalam impian saya,ni second choice lepas y minis. iaitu Volkswagen Golf GTI. ah, i'm really crazy of it. ni antara volkswagen yang saya tahu . act,saya tak tahu semua jenis kereta pon. tapi,saya minat dengan kereta .








dan yang bawah ni kereta yang dalam angan angan sahaja lah. kadang kadang terfikir gak, mane lah mereka mereka ni dapat duit beli kereta mahal mahal ni.



















ini semua kereta yang kalau saya nampak depan mata saya , dan saya akan terkedu dan berkata. xpe, suatu hari nanti. nothing is imposible right. just wait and see.
sampai di sini sahaja nukilan dari saya .
sekian



Monday, 14 April 2014

rapuh..

Assalamualaikum w.b.t

Rapuh. apa yang boleh dikaitkan mengenai rapuh. i have no idea.
please help me. it is about heart? or about your life? or something like cookies??? 

hehehe. it's about cookies yang rapuh. I don't like to write about heart, because it's so complicated . let's talk about cookies. yummmm. sedap nye. terdapat banyak jenis cookies boleh dilakukan. ada orang yang sukakan cookies yang rapuh dan ada yang sukakan cookies yang keras. 

untuk membuat cookies, bahan yang wajib ada adalah chocolate chip,chopped nuts,cadburry(untuk rase yang lagi sedap). itu adalah bahan asas untuk membuat cookies.
selain daripada itu, kita perlukan tepung gandum,tepung jagung,oat,baking powder,soda bikarbonat,sedikit garam halus dan butter. untuk dapatkan cookies yang rapuh, kita haruslah meletakkan butter lebih sedikit . oh, gula jangan lupa letak. tapi jangan banyak sangat. tidak bagus untuk kesihatan.
ok. i think that's all from me for this topic. sorry sebab terlalu banyak mengarut. heehee. and one more thing, sorry sebab rojakkan kan bahasa and the broken english, because, this week i have to practise for my academic communication's presentation.
sekian..

jatuh......

JATUH.....

Assalamualaikum w.b.t

jatuh... apa definisi bagi jatuh ye. jatuh adalah satu perkataan yang sangat banyak makna, bergantung kepada situasi yang dilalui oleh seseorang . aduhhh. tajuk yang agak mencabar. 
    jatuh. mungkin hampir setiap orang mengalami pengalaman jatuh kan . jatuh hati, jatuh motor, jatuh gaung, jatuh dalam kehidupan. penyakit pon ada yang jatuh. saya ingin berkongsi mengenai satu penyakit yang mengenai jatuh. sebelum menulis blog ini saya telah membaca mengenai penyakit ini dari laman web hospital islam. 
penyakit ini dikenali sebagai JOP iaitu jatuh organ peranakan iaitu rahim. penyakit ini normal bagi wanita yang bersalin. namun sebilangan kaum wanita mengambil mudah mengenainya mungkin kerana segan untuk berjumpa doktor ataupun ia tidak mengganggu aktiviti harian,oleh itu, mereka ada iniasitif untuk mengubatinya. namun jika keadaan ini berterusan dan tidak diubati, ia akan mendatangkan penderitaan emosi.dan ia akan menyebabkan lebih banyak lagi penyakit yang akan datang.
terdapat beberape faktor yang menyebabkan otot dan ligamen menjadi lemaha antaranya kehamilan dan bersalin. menopaus ,obesiti mengangkat beban yang berat,keturunan dan banyak lagi
pencegahan yang boleh diambil adalah jangan berdiri dengan terlalu lama. kerap melakukan senaman pelvik dari zaman remaja lagi.amalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan sembelit kronik.
kesimpulannya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbgai sebab seperti usia,simptom, jenis JOP ,perancangan reproduktifdan seksual.tahap kesihatan serta  kesanya terhadap kehidupan wanita itu. rawatan  pembedahan merupakan pilihan terakhor setelah segalanya dilakukan.
saya berharap wanita diluar sana prihatin dengan masalah ini dan tidak mengambil mudah mengenai masalah ini. saya berharap input yang dikongsi dapat menambah pengetahuan semua. 
sekian.