JATUH.....
Assalamualaikum w.b.t
jatuh... apa definisi bagi jatuh ye. jatuh adalah satu perkataan yang sangat banyak makna, bergantung kepada situasi yang dilalui oleh seseorang . aduhhh. tajuk yang agak mencabar.
jatuh. mungkin hampir setiap orang mengalami pengalaman jatuh kan . jatuh hati, jatuh motor, jatuh gaung, jatuh dalam kehidupan. penyakit pon ada yang jatuh. saya ingin berkongsi mengenai satu penyakit yang mengenai jatuh. sebelum menulis blog ini saya telah membaca mengenai penyakit ini dari laman web hospital islam.
penyakit ini dikenali sebagai JOP iaitu jatuh organ peranakan iaitu rahim. penyakit ini normal bagi wanita yang bersalin. namun sebilangan kaum wanita mengambil mudah mengenainya mungkin kerana segan untuk berjumpa doktor ataupun ia tidak mengganggu aktiviti harian,oleh itu, mereka ada iniasitif untuk mengubatinya. namun jika keadaan ini berterusan dan tidak diubati, ia akan mendatangkan penderitaan emosi.dan ia akan menyebabkan lebih banyak lagi penyakit yang akan datang.
terdapat beberape faktor yang menyebabkan otot dan ligamen menjadi lemaha antaranya kehamilan dan bersalin. menopaus ,obesiti mengangkat beban yang berat,keturunan dan banyak lagi
pencegahan yang boleh diambil adalah jangan berdiri dengan terlalu lama. kerap melakukan senaman pelvik dari zaman remaja lagi.amalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan sembelit kronik.
kesimpulannya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbgai sebab seperti usia,simptom, jenis JOP ,perancangan reproduktifdan seksual.tahap kesihatan serta kesanya terhadap kehidupan wanita itu. rawatan pembedahan merupakan pilihan terakhor setelah segalanya dilakukan.
saya berharap wanita diluar sana prihatin dengan masalah ini dan tidak mengambil mudah mengenai masalah ini. saya berharap input yang dikongsi dapat menambah pengetahuan semua.sekian.

No comments:
Post a Comment