Friday, 23 May 2014

Pemimpin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pemimpin. saya nak bercakap mengenai pemimpin. semua orang boleh menjadi pemimpin. tapi bukan semua boleh menjadi pemimpin yang hebat. contoh pemimpin yang terhebat adalah Nabi Muhammad SAW. menjadi seorang pemimpin bukan sesuatu yang mudah. pemimpin  harus peka dengan segala apa yang dilalui oleh orang yang dipimpin. Saya memilih tajuk ini bersempena dengan pemilihan Majlis Eksekutif Pelajar di Kolej dan Exco di FEP.

Bukan saya yang menjadi pemimpin. Tapi saya ingin menyuarakan harapan agar barisan pemimpin yang dipilih itu dapat memimpin semua pengikutnya, semua sahabatnya,dan semua keluarganya dengan cara yang betul dan bagus.

Saya ingin melihat perubahan kepada kepimpinan yang ada. Pada umumnya, kita berfikir bahawa pemimpin adalah orang yang harus memimpin sesebuah institusi dengan dari segi pentadbiran dan segala apa program
yang dilakukan oleh pelajar.

Pada pendapat saya, saya ingin melihat something different from them. bukan kepimpinan yang biasa biasa, mereka harus berfikir untuk membuat sesuatu perkara yang belum dilaksanakan. mereka perlu memainkan peranan sebagai wakil belia untuk menyuarakan pendapat dan isi hati belia pada dunia. bukan sahaja dalam kelompok yang kecil.

Kita semakin tiada hak untuk bersuara tentang apa yang terbaik untuk kita, kita semakin kurang pemimpin yang berani memperjuangkan apa yang disuarakan dengan lantang dan berani. yang tegas dengan pendiriannya, bukan hanya pandang pada duit dan duniawi. di zaman ini, kita memerlukan pemimpin sebegitu.

"aku hanya pandai berkata kata dan tidak mampu menjadi apa yang aku inginkan"

sekian.

No comments:

Post a Comment