Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat hari guru. setiap tahun pada tanggal 16 MEI kita akan menyambut hari guru. kepada semua guru yang telah mengajar saya dari tadika hingga ke universiti , Sealamat hari guru cikgu. jasamu tidak akan ku lupakan. mengajar dan mendidik bukan hanya mengenai ilmu yang ada pada buku, namun segala ilmu untuk seorang pelajar menjadi seorang insan yang berguna kepada Allah, dan juga kepada Ibu bapa.
Guru, adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. segala jenis pekerjaan yang ada bermula dari seorang guru.
guru adalah pembimbing kita yang setia, mereka mengajar kita tentang kehidupan.
terima kasih cikgu, jika bukan kerana anda, saya tidak berada disini. dan selamat hari guru juga kepada Pensyarah yang membawa kami menuju cita cita yang semakin hampir tetapi lebih perit jalannya berbanding ketika di sekolah. terima kasih semua.
ini adalah salah seorang guru saya ketika sekolah menengah. beliau adalah guru matematik kami. beliau sangat tegas. namun kerana ketegasan dia lah, kami tahu apa itu matematik.
terima kasih semua guru . jasamu tetap ku kenang
kepada semua guru seluruh dunia, terima kasih kerana memilih kerjaya menjadi seorang guru. kerjaya yang sangat mulia.
sekian

No comments:
Post a Comment