Thursday, 12 June 2014

Epilog.

Assalamualaikum.

Apabila berakhirnya paper semalam, maka berakhirlah kelas Aplikasi Komputer. Kelas yang bagi aku sangat istimewa. tak dapat kat mana mana. selama kat UKM ni setahun, ni la kelas yang aku xstress.
bila berakhir nya kelas aplikasi ni, aku rasa sedih. sebab lepas ni dah susah nak jumpa lecturer macam sir. yang dekat dengan student die, yang ingat nama student die, yang boleh bergurau dengan student, mmg la aku agak diam dalam klas sir, mybe sbb itu aku kot. tpi aku enjoy bile dengar die berfalsafah,die nasihat,die mengajar. Sir mmg antara lecturer yang lain dari yang lain. die akan bantu student die, walaupun kene marah dulu. bagi aku, sir ni unik , die buat sesuatu dengan kreatif, tanpa memikirkan perseosi orang, dan dia melakukan perkara yang betul.

Pada awal sem dulu, aku agak bermasalah. ye lah kita merancang, Allah yang tentukan apa yang bakal terjadi. 2 minggu pertama aku xdatang kelas die, sebab nenek aku meninggal dan aku mempunyai masalah di awal sem. so aku x kenal Sir sampai la Mas inform kat aku, sir tanya knp tak datang kelas. aku takut sangat waktu tu, aku tak tahu nak jawab apa. aku pergi cari bilik sir yanng dekat hujung tu, dan explain kenapa aku xdapat datang, and lepas tu aku jadi takut kalau masuk kelas sir, sebab aku xtahu apa apa,ye laa aku bersalahkan, . maybe sebab tu aku jadi diam dalam kelas tu,tapi aku bangga, sebab sir tahu nama aku. lepas 2 minggu aku masuk kelas  tu,aku dah tak takut lagi ke kelas aplikasi komputer, aku jadi suka bile pergi kelas aplikasi, sebelum sir mulakan kelas ,mesti ada tazkirah pendek daripadanya mengenai kehidupan, aku xpernah lagi kot jumpa pensyarah yang sempoi macam die, tapi die sangat komited dengan kerja, sir mmg seorang pendidik yang bagus, die mendalami,mengenali pelajar die.die tidak meletakkan jurang yang tinggi antara pelajar dan pensyarah.

masa tu pulak, sehari sebelum exam sir ada buat kelas, tapi aku tak tahu, sebelum tu, tiap tiap hari aku bukak i folio, tapi hari tu aku x check, then sbb aku g hospital, ptg tu jumpa mmber aku, die tanya kenapa tak pergi kelas aplikasi. aku terkejut sebab tak tahu apa apa, aku rasa macam teruk gile aku ni. aku selalu macam tertinggal info,selalu je buat masalah.. tapi aku dah minta maaf.

and before masuk exam aku dapat hint, seratus kali terima kasih sir sebab tolong saya.

Terima kasih sir kerana menjadi pendidik yang berjaya, terima kasih sebab mengajar kami.

saya minta maaf sir kerana selalu buat masalah,x datang kelas sir, saya minta maaf juga kalau ada terkasar bahasa. halalkan segala ilmu yang dikongsi. semoga sir terus menjadi pendidik yang berjaya dan semoga sir dapat mencapai apa yang diimpikan.
Thanks juga sebab suruh buat blog, kalau tak, saya xpandai buat semua ni.
Jutaan Terima Kasih
Sir Azzwan.

Sekian.


Pembangunan Insaniah. @HP . semak nya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

HP. aku dah muak ler dengan hp ni. xde cara lain lagi ke U ni nak menyusahkan student selain dari HP?
yes, betul, Softskill tu penting untuk kita apabila nak bekerja nanti, sebab kita tahu banyak kemahiran dan keperluan apabila keluar nanti. tapi sampai menyusahkan, sampai x ambik xleh grad.

dah tu, kita buat program dengan felo or lecturer lain, tup tup. kene buktikan pada lecturer lain, yang xada kene mengena, yang tak tahu hujung pangkal apa yang budak ni nak buat, apa yang budak ni nak kata.

bukan setakat tu, kene pulak yang straight,buat perjumpaan sekali jer, terus nak suruh buat presentation yang tiptop,kalau tak capai apa yang dia nak.pastu kene hentam, wajar kah kene present dalam masa beberapa minit kepada lecturer apa yang dia tak tahu langsung.

Then beliau pun bagi la gred C ke B ke D ke dan yang paling sakit. SM. hadoiii, xboleh buat sistem yang logik sikit ke. pastu, 1 sem dua hp je boleh ambik, dah kalau SM je , tua la kat sini sebab HP . macam tu yer.

Xsalah pun buat Softskill tu, semua orang patut join, tapi , cara nak kene buktikan tu, perlu kah, serumit itu. xperlu bukti pon boleh kot.

At least memudahkan cara nak buktikan pon ok dah, lepas tu boleh kan ambik 4 hp 1 sem, so, 1st year dah settle mende tu, x yah nak peningkan kepala.

;insan marah:)

Sekian.

Wednesday, 11 June 2014

Nisfu Sya'ban

Assalamualaikum.
Sempena malam nisfu Sya'ban pada ,alam ini, saya ingin berkongsi mengenai kelebihan dan golongan yang tidak mendapat Syafaat malam nisfu Sya'ban

Kita sebagai umat Islam sangat dianjurkan untuk meramaikan malam Nisfu Sya’ban dengan cara memperbanyak ibadah, solat sunnah, memperbanyak bacaan zikir, memperbanyak baca'an selawatt, membaca al-Qur’an, bersedekah, berdo’a dan mengerjakan amal-amal soleh.
Sejak dulu, Rasulullah Muhammad SAW telah menyatakan bahawa bulan Sya’ban atau bulan ke-8 dari perhitungan bulan Qamariyah (Hijriah) merupakan bulan yang biasa dilupakan.

Maksud Rasulullah, hikmah dan berbagai kemuliaan dan kebajikan yang ada dalam bulan Sya’ban dilupakan orang. Mengapa dilupakan? Menurut pengakuan Rasulullah, kerana bulan Sya’ban berada di antara dua bulan yang sangat terkenal keistimewaannya. Kedua bulan dimaksud adalah bulan Rejab dan bulan Ramadan. Bulan Rejab selalu diingat karena di dalamnya ada peristiwa Isra Mikraj yang diperingati dan dirayakan sedang bulan Ramadan ditunggu kedatangannya kerana bulan ini adalah bulan yang paling mulia dan istimewa di antara bulan yang ada.

Lantas apa dan bagaimana bulan Sya’ban? Keistimewaan dan kemuliaan bulan Sya’ban terletak pada pertengahannya, sehingga disebut dengan Nisfu Sya’ban. Nisfu ertinya setengah atau seperdua, dan Sya’ban sebagaimana disebut pada awal tulisan ini, adalah bulan ke-lapan dari tahun Hijrah. Nisfu Sya’ban secara harfiyah bererti hari atau malam pertengahan bulan Sya’ban atau tanggal 15 Sya’ban. perkataan Sya’ban sendiri adalah istilah bahasa Arab yang berasal dari kata syi’ab yang ertinya jalan di atas gunung.

Bulan ke-lapan dari tahun Hijriah itu dinamakan dengan Sya’ban kerana pada bulan itu ditemukan banyak jalan untuk mencapai kebaikan. Malam Nisfu Sya’ban dimuliakan oleh sebagian kaum muslimin karena pada malam itu diyakini dua malaikat pencatat amalan seharian manusia; Raqib dan Atib, menyerahkan catatan amalan manusia Allah SWT, dan pada malam itu pula catatan-catatan itu diganti dengan catatan yang baru.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda “Bulan Sya’ban itu bulan yang biasa dilupakan orang, kerana letaknya antara bulan Rejab dengan bulan Ramadan. Ia adalah bulan diangkatnya amal-amal oleh Tuhan. Aku menginginkan saat diangkat amalku aku dalam keadaan sedang berpuasa (HR Nasa’I dari Usamah).

Sehubungan dengan hal itu Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan pengakuan Aisyah ra.” lam yakunin Nabiyi sha mim yashumu aksara min sya’baana finnahu kaana yashumuhu kulluhu kaana yashumuhu illa qalilan. Maksud Aisyah dalam periwayatan ini bahwa Nabi Muhammad SAW paling banyak berpuasa pada bulan Sya’ban.

Lebih jauh dari itu, pada malan Nisfu Sya’ban Allah SWT menurunkan berbagai kebaikan kepada hambanya yang berbuat baik pada malam tersebut. Kebaikan-kebaikan itu berupa syafaat (pertolongan), magfirah (ampunan), dan itqun min azab (pembebasan dari siksaan). Oleh kerana itu malam Nisfu Sya’ban diberi nama yang berbeda sesuai dengan penekanan kebaikan yang dikandungnya.

Imam al-Gazali mengistilahkan malam Nisfu Sya’ban sebagai malam Syafaat, kerana menurutnya, pada malam ke-13 dari bulan Sya’ban Allah SWT memberikan seperti tiga syafaat kepada hambanya. Lalu pada malam ke-14, seluruh syafaat itu diberikan secara penuh. Meskipun demikian ada beberapa gelintir orang yang tidak diperuntukkan pemberian syafaat kepadanya. Orang-orang yang tidak diberi syafaat itu antara lain ialah orang-orang yang berpaling dari agama Allah dan orang-orang yang tidak berhenti berbuat keburukan.

Nisfu Sya’ban dinamakan juga sebagai malam pengampunan atau malam magfirah, karena pada malam itu Allah SWT menurunkan pengampunan kepada seluruh penduduk bumi, terutama kepada hambanya yang soleh. Namun dalam pemberian ampunan itu dikecualikan bagi orang-orang yang masih tetap pada perbuatannya mensyirikkan Allah, dan bagi mereka yang tetap berpaling dari Allah SWT. Nabi bersabda: ?Tatkala datang malam Nisfu Sya’ban Allah memberikan ampunanNya kepada penghuni bumi, kecuali bagi orang syirik (musyrik) dan berpaling dariNya (HR Ahmad).

Kecuali Enam Golongan

Ibn Ishak meriwayatkan dari Anas bin Malik bahwa pernah Rasulullah memanggil isterinya, Aisyah dan memberitahukan tentang Nisfu Sya’ban. “Wahai Humaira, apa yang engkau perbuat malam ini? Malam ini adalah malam di mana Allah yang Maha Agung memberikan pembebasan dari api neraka bagi semua hambanya, kecuali enam kelompok manusia”.

Kelompok yang dimaksud Rasulullah yaitu,

Pertama, kelompok manusia yang tidak berhenti minum hamr atau para peminum minuman keras. Sebagaimana berulang kali dikemukakan bahwa yang dimaksud dengan hamr adalah jenis minuman yang memabukkan, baik jenis minuman yang dibuat secara tradisional mahupun jenis minuman yang dibuat secara modern. Istilah popularnya adalah minuman keras. Yang disebut pertama antara lain tua. Sementara yang disebut kedua antara lain bir dan whyski. Termasuk kategori sebagai orang yang tidak berhenti minum hamr ialah orang-orang menyiapkan minuman tersebut atau para pembuat dan pengedarnya. Mereka ini tidak mendapat pembebasan dari api neraka, tetapi malah diancam dengan siksaan api neraka
Kedua, orang-orang yang mencerca orang tuanya. Termasuk kategori mencerca orang tua ialah berbuat jahat terhadap orang tua yang dalam hal ini ibu bapak. Menurut ajaran agama yang menyatakan eh saja kepada ibu atau bapak itu sudah termasuk dosa. Membentak orang tua termasuk perbuatan yang sangat dilarang. Allah SWT di samping itu menegaskan kepada manusia untuk tidak beribadah selainNya, maka kepada kedua orangtua berbuat baiklah. Waqadha Rabbuka an La ta’buduu Illah Iyyahu wa bilwalidaini ihsanan (al-Isra: 17:23). Perbutan kategori baik terhadap orang tua antara lain bertutur kata kepada keduanya dengan perkataan yang mulia, merendahkan diri kepada keduanya dengan penuh kasih sayang, dan kepada keduanya didoakan; “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu kecil.”

Ketiga, orang-orang yang membangun tempat zina. Tempat berzina dimaksud adalah tempat pelacuran. Golongan atau kelompok orang yang seperti ini, pada malam Nisfu Sya’ban tidak mendapat pembebasan dari api neraka, tetapi sebaliknya mereka dijanji dengan siksaan dan azab.

Keempat, orang-orang atau para pedagang yang semena-mena menaikkan harga barang dagangannya sehingga pembeli merasa dizalimi. Misalnya, penjual bahan bakar minyak, termasuk minyak tanah. Harga dagangan jenis ini sudah ada harga standard, tetapi kalau penjualnya menaikkan harganya secara zalim, maka penjual yang demikian itulah yang tidak mendapat pembebasan dari neraka.

Kelima, petugas cukai yang tidak jujur. Termasuk kategori petugas cukai adalah para pemungut pajak atau orang-orang yang menagih pajak. Misalnya petugas cukai yang bertugas di pasar-pasar yang menerima wang atau cukai dari penjual dengan bukti penerimaa. Salah satu bentuk ketidakjujuran kalau wang diterima tetapi tidak diserahkan bukti penerimaan.

Keenam, kelompok orang-orang tukang fitnah. Orang-orang kelompok ini suka menyebarkan isu dan cerita buruk yang sesungguhnya hanyalah sebuah fitnah. Keenam golongan inilah yang disebut tidak mendapat kelebihan malam nisfu Sya'ban.

Atas dasar itu, kiranya kita semua dapat menyedari bahawa sesungguhnya bulan Sya’ban merupakan bulan persiapan untuk memasuki bulan suci Ramadan. Persiapan itu meliputi persiapan mental dan persiapan fizikal. Manusia atau umat hendaklah memasuki bulan suci Ramadan dalam keadaan iman yang mantap dan dalam keadaan mendapatkan syafaat, dan sudah dalam keadaan mendapat jaminan dan pembebasan dari siksaan api neraka.

 kita sebagai umat Islam sangat dianjurkan untuk menamalkan malam Nisfu Sya’ban dengan cara memperbanyak ibadah, solatt sunnah, memperbanyak bacaan zikir, memperbanyak baca'an selawatt, membaca al-Qur’an, bersedekah, berdo’a dan mengerjakan amal-amal soleh dan lain lain.

Sekian  :)

Done 2 paper.

Assalamualaikum.

done 2 paper, 3 paper left.
Semalam ada paper math dengan aplikasi komputer.
first paper pagi tu math, bila bukak je soalan math. hancur luluh. semua soalan lain daripada past year kot. susah giler, bentuk soalan yang xpernah aku tengok keluar, dari satu soalan ke satu soalan , aku asyik pass pass je, semua x jawab habis, kenapakah ? apa yang di study x masuk. yang masuk semua yang pelik pelik. mmg saje nk dera eh. tapi hari ni dah redha dah. harap dapat B pon dah kire syukur, jgn la dapat teruk, hancus pointer den. moral of the story, lepas ni, mmg kene bace setiap genap buku, jangan terlalu percaya pada past year yang diberi,

Paper ke 2, aplikasi komputer, pukul 3.30. haiihhh,, aku bersyukur sangat sebab dapat tips at last sebelum masuk exam, sebab kalau aku x dapat, aku xtau pon tu semua wujud. Actually, siilap aku sebab xgi klas before that, but i'm really sorry, mmg aku xtau langsung ada kelas masa tu, padahal waktu tu aku tercongok je study kat library. Thanks to my lecturer. Aku x lah dapat jawab semua, ade bnyak jugak yg tembak, tapi aku tumpukan yang aku dah baca tu lah. Thank you.

Sekian.

Saturday, 7 June 2014

Study Week

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

STUDY WEEK. haha, minggu study week dah nak menutup tirai, tapi apa hasil dalam study week ni tak tahu lah, dah memang adat dia macam tu kot. Kehidupan di universiti ni agak lain berbanding di sekolah or masa kat matrik dulu. Kalau kat Matrik dulu, masa study week pulun habis habisan

Tapi bila dekat U ni macam xada beza je. masa awal awal sem konon nya berazam nak study betul betul, nak dapat dean list. tapi makin hampir nak exam, kenapa semangat still lagi xada, bukan nya xnak study sebab senang, maybe sebab terlalu susah kot, bila buka buku, x faham then tutup balik, tidur, lepas satu hari satu hari, kerja makin bertimbun, study x satu pon lagi, semua nak study last minit. apa yang orang belajar dalam satu sem, kita baca satu hari, cane la nak berjaya, haihhh.

maybe sebab tu la orang kata stress kat sini. tapi its depend on ourself actually. kalau kita pandai bahagi masa mana satu nak buat dulu mana satu buat kemudian, boleh jer. Sebab ramai je yang berjaya dengan jayanya in every semester.

 macam mana la nak ubah sikap ini. Orang study week study, kita tidur. tapi, motovasi diri ada lagi ni. In shaa Allah lepas tulis blog ni terus tekun kot.

Tapi tak tau kenapa, jujur nk cakap, sekarang ni , kat U ni, bile tengok pointer yang x seberapa tu, macam xada perasaan. rasa macam lantak kau lah. Pointer bukan segala gala. haha, yang penting usaha kan.

dah habis dah motivasi  a.k.a membebel kat diri sendiri. huhu. bagus gak sir suruh buat blog. boleh ler membebel sorang sorang.  haha . Tq sir.

psst; sir tolong laa buka balik saya punya lab test 2 tu.

Sekian.


Sarimah Signature Primadona Worlwide

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak cakap pasal produk kesihatan yang agak menarik bagi saya. Sekarang mmg kita tahu terlalu banyak produk kesihatan, produk kurus lah apa bagai. tapi kita harus bijak lah untuk memilih produk kesihatan yang betul betul bagus dan baik. sebelum kita menggunakan sesuatu produk,, kita perlu buat sedikit kajian selamat atau tidak untuk menggunakan produk tersebut dan apa faedah yang kita dapat.

saya nak berkongsi mengenai satu produk kesihatan yang memang dalam realitinya berkesan, saya sebenarnya xgemar untuk mendengar mengenai testimoni yang baik dalam seminggu or sebulan, tapi bila kita pakai, langsung tiada kesan.

Perkara ini terjadi dalam kalangan family saya, beliau mengidap penyakit kanser payudara pada tahap 4,dan doktor juga menyarankan dia untuk membuat semua rawatan yang diperlukan seperti kemoterapi dan lain lain, apabila orang menyarankan dia untuk makan satu produk ni yang bernama Sarimah Signature Series Stemcell. Sari Agegard, Dia minta pandangan doktor untuk mengambil ikhtiar lain untuk mencuba produk itu, dalam satu hari, dia minum 2 hingga 3 sachet, dalam masa 3 hingga 4 bulan, Alhamdulilah, memang badan dia beransur pulih, sel kanser semakin tiada, doktor juga mengesahkan sel kanser beliau hanya ada sedikit tetapi belum mati sepenuhnya, kini beliau minum Sari Agegard sebagai minuman harian, memang mengambil masa agak lama untuk pulih, namun selagi mana kita berusaha, maka ada jalan yang Allah tunjukkan.


Pengasas kepada produk ini adalah Datuk Dr Sarimah Ahmad. Beliau juga menghadapi kanser suatu ketika dahulu, sehingga beliau menciptakan suatu produk kesihatan ini, Dan Alhamdulilah, beliau pulih daripada kanser yang di alami. Sekarang beliau telah meluaskan lagi pasaran untuk produk ini dan berkongsi dengan semua pesakit yang mengidap kanser


ini adalah kesemua Sarimah Signature Series


"SARI AGE GARD (PAKAR DALAM MERAWAT PENYAKIT ACUTE DAN KRONIK WLPN IANYA BUKAN UBAT)
Alternatif menggunakan produk Sari Age Gard bersama rawatan hormon. Saya perlu berusaha sedaya upaya menjaga kesihatan di samping meningkatkan keupayaan melawan sel kanser yang masih ada di tulang dan hati.

Penggunaan sari agegard

1. Masukkan 1/2 sachet Sari Age Gard dan tuangkan ke dalam 50 ml air dalam gelas/bekas bertutup yang dibekalkan ketika pembelian

2. Kemudian digoncang hingga keluar buih di permukaan air.

3. Minum setiap pagi selepas sarapan dan malam hari sebelum tidur. Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

4. Setelah itu tingkatkan konsumsi dengan 1 sachet Sari Age Gard dan tuangkan 100ml atau 200 ml. Minum setiap pagi sesudah sarapan atau malam hari sebelum tidur.

Pengalaman selepas minum sari agegard
Saya telah minum produk ini selama 14 hari dan kesannya amat bagus untuk kesegaran badan. Tidak dinafikan produk ini mampu membaiki kerosakan akibat rawatan kemoterapi. Didapati kesan cucukan jarum dilengan dan tangan hilang seolah-olah tak pernah dicucuk. Kesan luka pembedahan juga nampak semakin baik. Cuma sakit tulang dibahagian pinggang semakin ketara. Apa produk ni punya tindakbalas pada sel kanser kat area tu tak tau la. Harap ia akan semakin berkurangan. Jarang tidur siang selepas minum produk ni.

Setelah complete menghabiskan dua kotak sari agegard saya simpulkan ia bagus untuk penyakit yang bukan kronik bagi mereka yang mempunyai kewangan yang terhad. Kalau tak ada masalah kewangan anda boleh teruskan penggunaan produk sari agegard sehingga penyakit kronik (kanser) anda disahkan bebas iaitu selepas 5 tahun."

https://www.facebook.com/sarimah.primadona?fref=ts 

Produk ini adalah 100% bumiputera dan telah berjaya di eksport dan membuka cawangan di Brunei,Indonesia dan beberapa negara lagi.  
Semoga produk ini terus berjaya dan Semoga murah rezeki dalam kerjaya yang banyak membantu orang lain.

Sekian.

Monday, 2 June 2014

Accident

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sekarang kita berada dalam minggu study week. tinggal lagi beberapa hari untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 2 bagi tahun pertama. memang betul kata orang, kita perlu berhati hati di saat ingin menghadapi peperiksaan ini, kerana apa apa yang berlaku akan menjejaskan peperiksaan itu. tapi peperiksaan bukanlah segala galanya kan. jika Allah mengkehendaki sesuatu berlaku, maka ia akan berlaku.

Siapa pernah ada pengalaman Accident. sakit kan. Semalam , semasa balik daripada kelas saya telah di langgar oleh sebuah kereta . Kereta itu memendu dengan sangat laju dan telah merempuh saya di bahu jalan.
Ya Allah, semasa jatuh itu, saya berfikir macam macam, Saya menunggang motor, motor tersebut agak teruk, Tapi Alhamdulilah, kerana saya masih mampu berjalan, namun , agak sukar untuk menulis, kerana lukdi tangan . Mungkin ini ujian kepada saya dari Nya diambang peperiksaan agar saya lebih bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Saya risau kerana banyak lagi topik yang belum saya study, namun badan sakit untuk bangun. Tapi In shaa Allah, akan pulih dalam masa terdekat.

Saya juga bersyukur kerana individu yang melanngar saya sanggup  bertanggungjawab .

saya ingin berpesan kepada semua agar berhati hati semasa menunggang motorsikal ataupun memandu kereta, jika ingin belok, tengok kiri dan kanan. berhati hati lah di saat genting ini. jangan melakukan perkara yang berbahaya dan yang berisiko

Sampai disini sahaja

Sekian

Friday, 23 May 2014

Cameron Highland

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cameron Highland.

saya nak cerita pasal holiday kat Cameron Highland. masa public holiday hari tu saya sempat pergi bercuti di Cameron Highland. Wah, cantik sangat pemandangan di sana. cuaca pun sangat dingin. di sana dapat makan Strawberi . tengok ladang teh. macam macam lagi boleh kita terokai di sana.

sebagai rakyat Malaysia, sangat rugi kalau kita tidak datang ke sini. Disini juga terdapat banyak aset dan sumber ekonomi seperti ladang teh ladang sayur dan kebun bunga. semua hasil tersebut boleh di eksport ke negara luar. dan mendapatkan hasil yang lumayan.

ini antara gambar yang sempat saya ambil ketika di sana.








Pemimpin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pemimpin. saya nak bercakap mengenai pemimpin. semua orang boleh menjadi pemimpin. tapi bukan semua boleh menjadi pemimpin yang hebat. contoh pemimpin yang terhebat adalah Nabi Muhammad SAW. menjadi seorang pemimpin bukan sesuatu yang mudah. pemimpin  harus peka dengan segala apa yang dilalui oleh orang yang dipimpin. Saya memilih tajuk ini bersempena dengan pemilihan Majlis Eksekutif Pelajar di Kolej dan Exco di FEP.

Bukan saya yang menjadi pemimpin. Tapi saya ingin menyuarakan harapan agar barisan pemimpin yang dipilih itu dapat memimpin semua pengikutnya, semua sahabatnya,dan semua keluarganya dengan cara yang betul dan bagus.

Saya ingin melihat perubahan kepada kepimpinan yang ada. Pada umumnya, kita berfikir bahawa pemimpin adalah orang yang harus memimpin sesebuah institusi dengan dari segi pentadbiran dan segala apa program
yang dilakukan oleh pelajar.

Pada pendapat saya, saya ingin melihat something different from them. bukan kepimpinan yang biasa biasa, mereka harus berfikir untuk membuat sesuatu perkara yang belum dilaksanakan. mereka perlu memainkan peranan sebagai wakil belia untuk menyuarakan pendapat dan isi hati belia pada dunia. bukan sahaja dalam kelompok yang kecil.

Kita semakin tiada hak untuk bersuara tentang apa yang terbaik untuk kita, kita semakin kurang pemimpin yang berani memperjuangkan apa yang disuarakan dengan lantang dan berani. yang tegas dengan pendiriannya, bukan hanya pandang pada duit dan duniawi. di zaman ini, kita memerlukan pemimpin sebegitu.

"aku hanya pandai berkata kata dan tidak mampu menjadi apa yang aku inginkan"

sekian.

Saturday, 17 May 2014

Arjuna Beta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu lagu yang saya rasa sangat unik dan membawa mesej yang mendalam.
Iaitu lagu arjuna beta yang dinyanyikan oleh Fynn Jamal.
lagu ini agak popular sekarang.
 lirik lagu Arjuna Beta

Takkan ku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Nanti tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda




enjoy this video guys.


Selamat Hari Guru.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat hari guru. setiap tahun pada tanggal 16 MEI kita akan menyambut hari guru. kepada semua guru yang telah mengajar saya dari tadika hingga ke universiti , Sealamat hari guru cikgu. jasamu tidak akan ku lupakan. mengajar dan mendidik bukan hanya mengenai ilmu yang ada pada buku, namun segala ilmu untuk seorang pelajar menjadi seorang insan yang berguna kepada Allah, dan juga kepada Ibu bapa.

 Guru, adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. segala jenis pekerjaan yang ada bermula dari seorang guru.
guru adalah pembimbing kita yang setia, mereka mengajar kita tentang kehidupan.
terima kasih cikgu, jika bukan kerana anda, saya tidak berada disini. dan selamat hari guru juga kepada Pensyarah yang membawa kami menuju cita cita yang semakin hampir tetapi lebih perit jalannya berbanding ketika di sekolah. terima kasih semua.

ini adalah salah seorang guru saya ketika sekolah menengah. beliau adalah guru matematik kami. beliau sangat tegas. namun kerana ketegasan dia lah, kami tahu apa itu matematik.

terima kasih semua guru . jasamu tetap ku kenang

kepada semua guru seluruh dunia, terima kasih kerana memilih kerjaya menjadi seorang guru. kerjaya yang sangat mulia.

sekian

Selamat Hari Ibu.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia. maaf kerana lambat mengucapkan hari ibu.

Ibu. seorang insan yang sangat mulia , darjat nya disanjung tinggi , kerana pengorbananya yang tidak ternilai, tidak dapat dibalas dengan wang ringgit ataupun apapun.
saya berdoa agar ibuku berada dalam keadaan yang sihat dan bahagia. semoga dimurahkan rezeki dan segalanya.


ibu dan bapa adalah tunggak utama kita dalam keluarga, walau apapun yang kita mahu lakukan, tindakan yang kita ingin ambil, haruslah dirujuk kepada ibu bapa kita. jangan mengabaikan mereka, kerana ibu telah melahirkan kita, telah menjaga kita hingga dewasa, namun, apabila kita melangkah ke alam remaja, tergamak kita menipu ibu kita, tergamak kita menentang kata kata ibu kita, siapakah kita,
lelaki, apabila masuk ke alam remaja, wanita mula mengenal lelaki. tidak salah,
namun , berbaloikah kita menipu ibu kita hanya kerana lelaki yang kita kenal hanya dalam 1 bulan . berbaloi kah kita guris hati ibu kita yang telah menjaga kita hanya kerana lelaki.
kita harus bersyukur kerana masih mempunyia ibu bapa. jangan hanya kerana lelaki yang permainkan kita, kita menjadi anak derhaka.
jangan sesekali menyakiti hati ibu. jika sesuatu masalah menimpa kita, siapakah akan hadir, pada siapakah kita akan kembali jika tidak ibu dan bapa kita.

kepada ibuku, anakmu mohon ampun jika telah melukakan hati mu. ku akan mempertbaiki diri dan lebih menjaga hatimu ibu. maafkan segala kesalahan anakmu.

sekian

Monday, 5 May 2014

Hanya Mampu Melihat.

  Assalamualaikum w.b.t


Hanya mampu melihat .
aku tak mampu melarang
hanya mampu mendengar
aku tak mampu bertindak
hanya mampu melihat
aku tak mampu menegur
aku hanya mampu melihat 
rakan ku hanyut dengan dunianya.

apakah sangat besar nilai cinta terhadap manusia sehinggakan engkau mengabaikan segala yang diperintah oleh Allah,sehingga engkau mengabaikan tangggungjawabmu sebagai anak,sebagai pelajar.

engkau tinggalkan semua pelajaran yang ada. engkau masuk ke lembah yang penuh kancah. engkau gadaikan apa yang sangat berharga. engkau tinggalkan duniamu yang sangat bahagia sebelumnya. adakah itu berbaloi ?
hanya kerana lelaki yang menggunakanmu.
engkau abaikan ibu bapamu. adakah bahagia ke alam perkahwinan jika hidup makin terdesak.

jangan adakan satu penipuan,kerana aku tak mampu membantu jika engkau masih di sana. kembali pada dirimu. 

aku hanya mampu melihat, mendengar kerana engkau tidak pernah untuk memikirkan apa yang engkau lakukan, engkau memalukan dirimu sendiri.
wajarkah engkau berhutang drpada semua? wajarkah engkau mengemis? wajarkah engkau menyalahkan ibu bapamu, wajarkah engkau mengadaikan harta yang ada hanya untuk lelaki yang x bertanggungjawab.
fikir wahai sahabat.
hidup bukan sehari.

aku tidak mampu menghalang apa yang engkau buat. aku tertekan,berdosa, kerana aku tak mampu melarang, dan aku hanya mampu melihat.
sekian

Monday, 28 April 2014

Aneka Makanan

aneka makanan.

Assalamualaikum w.b.t
minggu ini saya akan bercerita mengenai makanan. aneka makanan yang ada dipantai timur. disebabkan saya ni orang Terengganu, so saya nak bercerita pasal makanan yang digemari di pantai timur ler.
sebut pasal makanan semua orang akan lapar kan?

makanan yang paling famous dan wajib dibeli jika pelangcong datang, tak lain dan tak bukan ialah KEROPOK. haa, sape tak kenal kerepok. ni diaa.




terdapat tiga jenis keropok di atas . iaitu, keropok goreng.,rebus ataupun keping. jika pada waktu cuti sekolah, semua kedai keropokakan dipenuhi oleh pelancong luar.
makanan kedua adalah

nasi dagang
. nasi dagang di terkenal di Kelantan dan Terengganu. tapi dia ada sedikit perbezaan . jika di Kelantan beras yang digunakan adalah berwarna merah. jika di Terengganu,  gunakan beras putih.
rase dia same je. sedap sangat. kalau datang Terengganu tak makan nasi dagang sangat rugi.

KETUPAT SOTONG

haaa, ni salah satu menu special. kalau datang terengganu tau. ketupat sotong. ketupat sotong ini dibuat mengikut musim. jika musim sotong tiba, banyak lah kuih ini. cara membuat ketupat sotong ini adalah meletakkan pulut ke dalam perut sotong dan masak dengan santan dan barang2 lain. .rase dia sangat sedap. rugi tak cuba.

ni antara makanan dan kuih yang ada di Terengganu


kuah singgang dan budu


satar.



kuih akok.

ni antara makanan yang anda wajib cari jka anda datang ke Terengganu. jemput lah datang ke terengganu ye semua. budaya nya cantik. Insya Allah orang nya baik baik.
sampai disini sahaja lah nukilan saya pada hari ini. terima kasih
sekian.

  

Sunday, 20 April 2014

Kereta.

Assalamualikum. 

tajuk blog yang saya pilih pada minngu ini adalah kereta. kenapa saya pilih tajuk ini? kerana saya sangat suka tengok kereta yang mewah dan cantik. setiap kali melihat kereta kereta mewah ini, saya akan berangan yang suatu hari nanti saya akan memiliki kereta seperti ini. insyaAllah. kereta pilihan pertama yang saya ingin beli jika saya ada duit yang banyak adalah mini coopers. aduh, dah lama tanam cita cita nak beli kereta ini. i really hope one find day,i really have it.

inilah kereta impain saya. cantik nya.




ok, ada lagi kereta yang tersenarai dalam impian saya,ni second choice lepas y minis. iaitu Volkswagen Golf GTI. ah, i'm really crazy of it. ni antara volkswagen yang saya tahu . act,saya tak tahu semua jenis kereta pon. tapi,saya minat dengan kereta .








dan yang bawah ni kereta yang dalam angan angan sahaja lah. kadang kadang terfikir gak, mane lah mereka mereka ni dapat duit beli kereta mahal mahal ni.



















ini semua kereta yang kalau saya nampak depan mata saya , dan saya akan terkedu dan berkata. xpe, suatu hari nanti. nothing is imposible right. just wait and see.
sampai di sini sahaja nukilan dari saya .
sekian