Monday, 28 April 2014

Aneka Makanan

aneka makanan.

Assalamualaikum w.b.t
minggu ini saya akan bercerita mengenai makanan. aneka makanan yang ada dipantai timur. disebabkan saya ni orang Terengganu, so saya nak bercerita pasal makanan yang digemari di pantai timur ler.
sebut pasal makanan semua orang akan lapar kan?

makanan yang paling famous dan wajib dibeli jika pelangcong datang, tak lain dan tak bukan ialah KEROPOK. haa, sape tak kenal kerepok. ni diaa.




terdapat tiga jenis keropok di atas . iaitu, keropok goreng.,rebus ataupun keping. jika pada waktu cuti sekolah, semua kedai keropokakan dipenuhi oleh pelancong luar.
makanan kedua adalah

nasi dagang
. nasi dagang di terkenal di Kelantan dan Terengganu. tapi dia ada sedikit perbezaan . jika di Kelantan beras yang digunakan adalah berwarna merah. jika di Terengganu,  gunakan beras putih.
rase dia same je. sedap sangat. kalau datang Terengganu tak makan nasi dagang sangat rugi.

KETUPAT SOTONG

haaa, ni salah satu menu special. kalau datang terengganu tau. ketupat sotong. ketupat sotong ini dibuat mengikut musim. jika musim sotong tiba, banyak lah kuih ini. cara membuat ketupat sotong ini adalah meletakkan pulut ke dalam perut sotong dan masak dengan santan dan barang2 lain. .rase dia sangat sedap. rugi tak cuba.

ni antara makanan dan kuih yang ada di Terengganu


kuah singgang dan budu


satar.



kuih akok.

ni antara makanan yang anda wajib cari jka anda datang ke Terengganu. jemput lah datang ke terengganu ye semua. budaya nya cantik. Insya Allah orang nya baik baik.
sampai disini sahaja lah nukilan saya pada hari ini. terima kasih
sekian.

  

No comments:

Post a Comment