Monday, 5 May 2014

Hanya Mampu Melihat.

  Assalamualaikum w.b.t


Hanya mampu melihat .
aku tak mampu melarang
hanya mampu mendengar
aku tak mampu bertindak
hanya mampu melihat
aku tak mampu menegur
aku hanya mampu melihat 
rakan ku hanyut dengan dunianya.

apakah sangat besar nilai cinta terhadap manusia sehinggakan engkau mengabaikan segala yang diperintah oleh Allah,sehingga engkau mengabaikan tangggungjawabmu sebagai anak,sebagai pelajar.

engkau tinggalkan semua pelajaran yang ada. engkau masuk ke lembah yang penuh kancah. engkau gadaikan apa yang sangat berharga. engkau tinggalkan duniamu yang sangat bahagia sebelumnya. adakah itu berbaloi ?
hanya kerana lelaki yang menggunakanmu.
engkau abaikan ibu bapamu. adakah bahagia ke alam perkahwinan jika hidup makin terdesak.

jangan adakan satu penipuan,kerana aku tak mampu membantu jika engkau masih di sana. kembali pada dirimu. 

aku hanya mampu melihat, mendengar kerana engkau tidak pernah untuk memikirkan apa yang engkau lakukan, engkau memalukan dirimu sendiri.
wajarkah engkau berhutang drpada semua? wajarkah engkau mengemis? wajarkah engkau menyalahkan ibu bapamu, wajarkah engkau mengadaikan harta yang ada hanya untuk lelaki yang x bertanggungjawab.
fikir wahai sahabat.
hidup bukan sehari.

aku tidak mampu menghalang apa yang engkau buat. aku tertekan,berdosa, kerana aku tak mampu melarang, dan aku hanya mampu melihat.
sekian

No comments:

Post a Comment