Monday, 31 March 2014

Move On ? wait!



Assalamualaikum w.b.t kepada semua. Ni post saya yang keempat. tema pada minggu ini adalah Move On. apa yang nak diulaskan mengenai Move On ni ye. mungkin kita boleh kaitkankan dengan isu semasa pada masa kini sebab saya tiada kisah untuk di Move On kan.

Musibah yang melanda negara kita sekarang masih belum dapat di rungkaikan.MH 370 masih belum diketahui samaada di dasar laut atau di darat.

Pada hari Isnin lepas. Perdana Menteri telah mengishtiharkan bahawa pesawat MH370 terakhir dikesan adalah di lautan hindi. semua rakyat Malaysia bersedih dengan berita ini. Mereka mengharapkan pesawat tersebut masih di darat dan masih selamat. Disitulah , rakyat Malaysia mula Move on dan menerima keputusan ini dengan redha dan mereka mendoakan kepada semua mangsa M370 ini. usaha pencarian objek giat dijalankan hingga kini untuk mencari serpihan kapal terbang yang terhempas.

Tetapi bukan pada ahli keluarga mangsa samaada di Malaysia,Beijing,dan yang lain . mereka tidak akan move on selagi mereka tidak melihat bahan bukti itu di depan mata mereka sendiri. Mungkin naluri seorang ibu atau bapa yang meyakinkan mereka bahawa anak mereka masih hidup. mereka ingin kan sesuatu yang pasti dan bukan hanya spekulasi

Saya bersependapat dengan mereka. kenapa terlalu cepat untuk Move On , sedangkan belum pasti. jika cukup bukti di depan mata,ykin di hati. then kita harus redha menerima ini sebagai ujian dari Allah kepada kita untuk kita merasa lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.dan untuk kita tidak lupa bahawa setiap yang dicipta akan kembali kepada maha ber-Kuasa

sekian.
:)

No comments:

Post a Comment